Apr 5, 2011

akan datang !

niat di hati memang nak post story..
tapi bila tangan ni dah malas..
lain kali jeala yea ! hahaha..

apa-apa pun !
ZF akan cerita pasal satu perkara yg pasti akan berlaku kepada kita semua !
diceritakan berdasarkan pengalaman ZF sendiri..

nantikan dalam post yg akan dtg !

Apr 4, 2011

hantu ? ( 4 ) - last episode

ini post terakhir bagi siri  " hantu ? "..
kali ni ZF akan habiskan cerita pasal hantu ni..

kita sambung pasal apa yang ustaz tu ckp dulu..
ustaz tu kata !
ada banyak sihir yang cuba masuk rumah tu..
hampir lima jenis sihir yang nk masuk..
tapi sebab tuan rumahnya kuat agama..maka !
sihir itu masih mampu dihalang..
ustaz tu jugak ckp..
kalu sihir2 tu dapat masuk rumah tu..
kemungkinan untuk penghuninya mati amatlah tinggi..
dasyat betul la sihir ni..
tapi memang satu iktibar la !
tiada kuasa yg mampu menandingi kuasa ALLAH s.w.t..

tapi !
kalu betul la sihir tu dpt dihalang..
macam mana boleh ada gangguan dalam rumah tu..
nk tau kenapa ??
macam ni !
tuan rumah ada bina "pendinding" di keliling rumah dia..tapi !
tuan rumah tu lupa nk pasang "pendinding" di atas rumah dia..
maka ada la sihir yg dpt masuk ke dalam rumah tu..
okay ! itu pasal gangguan dalam rumah tu..

ini pulak pasal kemunculan dua org tua tu pulak..
ustaz tu kata !
dua org tua tu bkn la berniat jahat..
mereka hanya mengikut adik tuan rumah tu..
disebabkan adik tuan rumah tu bekerja di merata-rata tempat..
maka !
ada la makhlus halus yg mengikutnya..
kalu x salah..
kakak ZF ckp org tua tu dtg dari sebatang pokok..
itu je yg ZF tau..
okay settle !

baru2 ni !
kakak ZF ckp yg tuan rumah tu jumpa sesuatu dalam bilik org gaji dia..
benda tu adalah tali pinggang..tapi !
tali pinggang tu ada ruang seperti poket..
dan dalam ruang2 tu ada pelbagai benda..
salah satunya adalah dua helai rambut...
barang2 tu dah pun dibakar..
kakak ZF ckp yg tali pinggang tu mungkin milik org gaji dia yg terdahulu..
tak tau la pa motif org gaji tu letak benda tu..
yg penting gangguan tu mngkin dah berkurang lepas tu..AMIN !

tu jeala semua yg ZF nk cerita..
terserah lah nk percaya atau tidak..
cuma yg ZF pelik !
masih ada rupanya org yg mengamalkan ilmu hitam ni..
walaupun ZF ckp ni yg terakhir..
isyaallah jika ada apa2 yg diceritakan kakak ZF pasal benda ni..
ZF akan post kat blog ni...TQ

MORAL OF THE STORY
ILMU HITAM ADALAH KHURAFAT HUKUMNYA 

Apr 3, 2011

hantu ? ( 3 )

1 dah..2 pun dah..
kali ni yg ke-3 pulak..
kali ni pasal keluarga dia pulak..

satu malam tu !
waktu org dah tidur..
majikan kakak ZF ni dgr bunyi org main bola..( kat luar rumah )
dia pun terus la beritahu suami dia..
suami dia pun apa lagi !!
keluar la cari bola tu..
keliling punya keliling !!
x ada apa2 pun..
untuk pengetahuan korang..
bola tu mmg ada kat rumah tu..( bola keranjang )
tapi yg peliknya..
lepas peristiwa tu..( esoknya )
bola tu dah takde kat rumah tu..menyeramkan..

maka waktu diorg balik kampung..
diorg pun pergi la jumpa ustaz yg tau pasal makhluk halus ni..
tapi ustaz ni mmg power la..
dia dapat detect gangguan tu tanpa masuk pun rumah tu..
buat dari kampung je tau..
and !
ustaz tu ckp memang ada gangguan dalam rumah tu..
gangguan tu bukan satu je..
tapi banyak dan berbahaya..

nak tau apa lagi yg ustaz tu ckp ??
nantikan sambungannya nanti..

moral of the story
ingatlah yang ALLAH s.w.t sentiasa ada sisi kita

Apr 2, 2011

hantu ? ( 2 )

dah baca belum episod 1..
kalu belum baca jgn baca lg entry ni..
baca entry sebelum ni dulu..hehehe
hari tu ZF dah cerita pasal adik dia kan..
kali ni ZF nk cerita pasal org gaji kakak dia pulak..

berdasarkan cerita kakak ZF..
org gaji dia ni pun kena kacau gak..
dah macam2 benda jadi kat org gaji dia..
tapi yg ni ZF rasa paling seram sekali..

org gaji dia ni tidur la dalam bilik dia..
tidur atas katil tau..
tapi bila dia bangun !!
dia ada kat tempat lain..
kalu sekali je x pe tau..
tapi ada la dua tiga kali..( kalu x silap )
dan macam adik dia..
org gaji dia relaks je dgn bnda tu..

satu lagi !
org gaji dia pun pernah dgr bunyi2 pelik dalam rumah tu..
khususnya pada waktu malam..( waktu nk tidur )
kadang2 org gaji dia ingat anak2 majikan dia je bising..( tgk bola )
tapi bila dia tengok..
bukan diorg yg buat bising..
pelik ??

lepas tu dia ada rasa gak benda pelik waktu kemas rumah..
camne cerita dia !
waktu dia nk gerakkan karpet..
dia terasa teramat lah berat karpet tu..
padahal ada kerusi je..
and !
takde orang pun atas karpet tu..
 
pelik dan aneh !
ada lagi tau..
tunggu sambungannya nanti yea !!


moral of the story
syaitan dan jin dicipta untuk menganggu manusia

Apr 1, 2011

hantu ? ( 1 )

zOn faiZal ( ZF ) nk cerita pasal hantu kali ni..
cerita ni datangnya dari kakak ku...
ini cerita benar tau..
BENAR !!

cerita ni pasal keluarga majikan kakak ZF..
kita mulakan dgn adik dia dulu..
adik dia ni lelaki..
adik dia tnggal serumah dgn kakaknya..
rumah kakak dia ni dua tingkat..
bilik adik dia ada kat tingkat dua..
tambah menyeramkan !!
hanya bilik adik dia je kat atas tu..
satu hari tu !
lepas dia balik kerja.. ( kalu x silap )
dia naik la kat bilik dia..
korang nak tau apa yang ada dalam bilik tu !!

ada dua org tua dalam bilik dia..
seorg lelaki dan seorang perempuan..
tapi sangatla terkejut bila kakak ZF ckp..
adik dia tu x lari pun..
dah lah x lari..
dia boleh tnya pulak kat org tua tu..
"buat apa dalam bilik dia?"
org tua tu snyap jea..
dia pun masuk jeala bilik dia.. ( org tua tu ada lg tau )
then !
dia terus jeala pergi mandi..
bila dia kuar dari bilik mandi..
org tua tu still ada lagi..
perghh !!
berani betul..kalu ZF la..
dah lama dah cabut..hahaha
lepas tu ZF x tau apa yg jadi..

tapi kakak ZF ckp..
org tua tu akan muncul kalu adik dia nk solat..
tapi bila adik dia ada buat salah dalam solat..
org tua tu akan hilang..
pelik dan aneh kan ?

tu baru adik dia..
yang lain2 belum lagi..
nantikan sambungannya tau..

moral of the story
yakinlah akan kewujudan makhluk halus

Mar 31, 2011

berjaya ??

result SPM pun dah keluar..
dengan result yg x seberapa..

maka !
isi jeala apa je borang yg ada..
yg lain just serah kpd nasib dan ALLAH s.w.t..

bak kata org2 yg dh brjaya..
rezeki tu x semestinya akan muncul selalu..
kita usaha kita dapat..

dan yg penting..
jgn jd org yg takutkan kegagalan..
sentiasa positifkan diri..
ISYAALLAH !!
kejayaan akan muncul...


Mar 13, 2011

kesian !!

tsunami oh tsunami !
teruk btul ek..
tapi tabik la Jepun..
tak sampai 2 jam bencana tu..
pasukan bantuan dah sampai kat situ..
bukan sikit pulak tu..
30 pasukan kot..
tu baru Jepun je..
belum yang negara lain lagi..
pantas dan cekap !!
fuhhh !!

tapi cuba tgk betul2..
rumah2 diorang tak roboh macam tsunami kat Acheh dulu..
bangunan tinggi tu cuma bergoyang je..
tak roboh beb !!
canggih betul teknologi dia beb..
kalau kat Malaysia..
kena langgar kereta sikit pun dah roboh dah rumah..
teknologi oh teknologi !!

maaf la yea..
kalau nak tengok gambar tu pergi Google jeala yea..
malas nak meng-upload..hehehe